Thailand Dedah Analisis Khas Prestasi Harimau Malaya Bersama Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) membuat satu analisis terperinci berkenaan prestasi semasa skuad Harimau Malaya sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon.

Hantaran tersebut memaparkan perjalanan skuad kebangsaan yang menempuh pelbagai ranjau berliku sebelum kehadiran jurulatih kelahiran Korea Selatan ini.

Thailand menyifatkan Pan-gon sebagai satu pemilihan yang tepat apabila dikesan berjaya membawa perubahan berskala besar terhadap prestasi semasa Malaysia.

Advertisements

Malah, penerapan bola sepak moden yang mementingkan tekanan yang tinggi selain bermain dalam keadaan yang padat di atas padang menjadi elemen pembaharuan dalam eranya.

Skuad Gajah Perang ternyata masih terbayang kekalahan di pentas Piala Raja Thailand tempoh hari dengan menyifatkan Malaysia sebagai salah satu pasukan yang perlu diberi perhatian setelah layak ke Piala Asia 2023.

Sungguhpun hadir ke pentas Piala AFF kali ini tanpa beberapa tonggak utama, Pan-gon diramal mampu menjalankan tugas dengan baik apabila beliau menampilkan gabungan pemain baharu dan lama dalam pemilihan kali ini.

Advertisements

Perancangan rapi yang telah diatur oleh FAM dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya juga dilihat bakal menjelmakan kejayaan buat Malaysia dalam tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram