Ads
Dunia
Khairul / MakanBola

Harimau Maya akan memulakan aksi dalam Kejohanan Piala Raja Thailand (King’s Cup) berdepan dengan tuan rumah, Thailand.

Advertisements

Kejohanan empat penjuru itu menyaksikan pasukan kebangsaan yang kini berada pada kedudukan ke-147 dunia akan bertemu dengan tuan rumah pada perlawanan yang akan diadakan pada 22 September nanti.

Advertisements

Anak didik kendalian Kim Pan-gon yang kini dalam prestasi terbaik dijangka mampu menghadirkan saingan sengit buat skuad kendalian Mano Polking setelah hampir beberapa bulan tidak beraksi.

Advertisements

Advertisements

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Chiang Mai, Thailand itu menyaksikan satu lagi pertembungan melibatkan pasukan Trinidad & Tobago akan bertemu Tajikistan.

Sekiranya kemenangan berjaya dicapai, maka Malaysia akan beraksi pada penentuan tempat pertama dan kedua sama ada menentang Trinidad & Tobagi atau pasukan Tajikistan.

Advertisements

Kejohanan ini menjadi medan terbaik buat pengendali kelahiran Korea Selatan itu menguji kemampuan sebenar anak buahnya dengan muka baharu dijangka bakal menghiasi skuad kali ini.

Advertisements

Pan-gon juga difahamkan mahu memberi ruang pendedahan kepada pemain muda untuk memperoleh pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram