Asia Tenggara
FA Thailand
Advertisements

Dengan temasya Sukan Sea 2023 Kemboja yang akan bakal dimulakan pada 5 Mei depan, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah pun meletakkan sasaran buat dua skuad bola sepak mereka iaitu bagi kategori bola sepak lelaki dan wanita.

Advertisements

FAT mengesahkan bahawa telah meletakkan sasaran dua pingat emas kepada pasukan bola sepak lelaki dan wanita. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman twitter, Asean Football dalam satu muatnaik yang terbaharu.

“Pada sidang media Pihak Berkuasa Sukan Thailand hari ini, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menetapkan sasaran untuk memenangi 2 pingat emas dalam bola sepak lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2023,” kongsi Asean Football.

Advertisements

Dengan sasaran emas yang diletakkan oleh FAT itu, sudah tentu mata pemerhati bola sepak tertumpu kepada skuad kebangsaan Thailand yang hanya merangkul dua pingat perak selepas tewas kepada Vietnam di perlawanan akhir bagi kategori lelaki dan juga wanita.

Untuk rekod, kali terakhir Thailand memenangi pingat emas bola sepak lelaki Sukan Sea adalah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur yang mana menyaksikan Thailand menewaskan tuan rumah, Malaysia 1-0. Manakala bagi bola sepak wanita, kali terakhir Thailand muncul juara adalah pada edisi 2013 di Myanmar.

Advertisements

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram