FA Cup: Hatrik Riyad Mahrez Bantu Manchester City Tewaskan Sheffield United
Eropah
@EmiratesFACup
Advertisements

Hatrik yang dicipta Riyad Mahrez pada separuh akhir FA Cup untuk Manchester City cukup untuk menewaskan Sheffield United. Kemenangan itu membolehkan City layak ke final buat kali pertama sejak edisi 2019.

Biarpun berstatus pasukan Liga Kejohanan, itu langsung tidak menggentarkan anak-anak buah Paul Heckingbottom untuk menghampakan pasukan gergasi dari Manchester itu. Sebaik sepak mula, formasi 3-5-2 digunakan beliau bagi menyekat jentera serangan City diketuai Erling Haaland.

Penggunaan formasi itu dan taktik ‘roadblock’ mengakibatkan Citizens hanya merekodkan enam percubaan gol dengan dua daripadanya ke arah gol pada separuh masa pertama. Atas sebab itu, apabila pengadil Stuart Attwell memberi sepakan penalti kepada City pada minit ke-43, ia memberi kelegaan kepada kontinjen penyokong kelab itu.

Advertisements

Penalti diberi kepada City selepas Bernardo Silva didapati dijatuhkan oleh Daniel Jebbison dalam kotak penalti. Walaupun cuba dibantah pemain-pemain Blades, pembantu pengadil video (VAR) turut bersetuju dengan keputusan Attwell.

Mahrez tenang menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Sheffield United, Wes Foderingham. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Citizens menggandakan asakan bagi menambah kelebihan yang dimiliki. Hasilnya, City menambah gol kedua menerusi gerakan solo Mahrez pada minit ke-61.

Advertisements

Lima minit kemudian, City selesa mendahului 3-0 menerusi gol ketiga Mahrez selepas menerima hantaran Jack Grealish. Hatrik bekas pemain sayap Leicester City itu merupakan yang pertama direkodkan dalam separuh akhir FA Cup sejak Alex Dawson melakukannya pada 1958.

Blades cuba bangkit memburu gol saguhati tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini, City bakal menanti sama ada Brighton atau musuh setempat mereka, Manchester United di pentas final FA Cup.

Sekiranya anak-anak buah Erik ten Hag berjaya mengalahkan Seagullls esok, City pastinya mahu membalas dendam kekalahan mereka kepada United dalam EPL beberapa bulan lepas. Dan ini bakal menjadikan pemburuan treble mereka lebih manis kerana mengatasi musuh setempat mereka.

Advertisements

Selepas ini, City bakal kembali ke saingan EPL dengan melayan kunjungan Arsenal pada 27 April. Dengan kelebihan dua perlawanan, anak-anak buah Pep Guardiola boleh memotong Gunners dengan syarat menang dua perlawanan yang dinyatakan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram