Thomas Tuchel Akui Keletihan Mental Punca Prestasi Lukaku Merudum
Eropah
Chelsea FC
Advertisements

Penyerang sensasi Chelsea, Romelu Lukaku kini gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut buat Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. 

Sebelum ini, pemain kelahiran Belgium itu berjaya mempersembahkan aksi yang luar biasa dengan menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan apabila diturunkan sejurus selepas kedatangan beliau semula di Stamford Bridge. 

Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel mengakui bahawa Lukaku kini sedang mengalami keletihan mental oleh kerana minit permainan yang terlalu banyak sekaligus menjadikan punca prestasi beliau semakin merudum. 

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun itu terpaksa meninggalkan skuad Belgium musim ini disebabkan masalah ‘muscle fatigue’  selepas tamat aksi separuh akhir dalam kejohanan Liga Bangsa-Bangsa. 

“Pada saat ini saya merasa Romelu bermain terlalu banyak pertandingan dengan pasukan kebangsaan.”

“Beliau seorang atlet yang hebat dan orang yang kompetitif. Beliau sentiasa ingin menang dalam  setiap pertandingan. Saya tahu beliau inginkan Kejuaraan Eropah bersama Belgium dan di Liga Bangsa-Bangsa.” 

Advertisements

“Perkara ini sangat bermakna baginya untuk bermain untuk negaranya.” Kata Tuchel

Chelsea bakal menerima kunjungan pasukan Malmo pada aksi peringkat kumpulan bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung pagi esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram