“Tiada Yang Mustahil Dalam Bola Sepak” – Ubaidullah Shamsul
MFL
TFC II
Advertisements

Pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul kekal optimis dalam menghadapi cabaran menentang pasukan JDT apabila bakal bertemu dalam dua kejohanan berbeza.

Ubaidullah yang merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Piala MFL berjaya membantu TFC II muncul juara dan beliau turut bakal menghadapi skuad senior JDT untuk aksi akhir Piala Malaysia kelak.

“Bagi saya anugerah itu bukan untuk saya seorang sahaja kerana kita bermain sebagai satu pasukan dan asbab kejayaan itu daripada rakan-rakan diatas padang dan juga luar padang.” ujar Ubaidullah.

Advertisements

“Saya gunakan kejayaan ini sebagai satu motivasi untuk ke final yang seterusnya dan kita tahu JDT pasukan yang kuat sama juga macam malam ini. Tiada yang mustahil dan kita hanya perlu buat yang terbaik.” tambah beliau lagi.

Ubaidullah yang merupakan pertahanan muda tampil berbeza dalam perlawanan akhir Piala MFL apabila mengisi posisi tengah bertahan buat TFC II.

Advertisements

Pemain berusia 19 tahun itu menampilkan aksi cemerlang bersama skuad TFC II dan pantas menembusi skuad utama Terengganu untuk bermain dipentas besar iaitu Liga Super.

“Bagi saya itu satu rezeki buat saya, TFC I dan TFC II. Saay tidak anggap itu satu beban. Saya guna peluang itu dan balas dengan kepercayaan orang dengan komitmen yang kita beri. Itu satu pengalaman berharga buat saya.” jelas Ubaidullah.

Advertisements

Ubaidullah bakal memperkuatkan barisan skuad bawah 23 tahun Malaysia sebelum merebut Piala Malaysia menentang juara Liga Super, JDT pada Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram