Tiba Masanya FAM Buang Rasa Malu Ambil Jurulatih Luar
Dunia
FAM
Advertisements

Kegagalan pasukan Harimau Malaya untuk menepati sasaran ke final Piala AFF Suzuki 2020 menjadi topik hangat di kalangan pencinta bola sepak negara sejak kebelakangan ini.

Lebih memeritkan lagi, pasukan negara tewas dengan agak teruk kepada musuh tradisi, Indonesia dengan keputusan 1-4 yang menampakkan jurang yang jauh antara pasukan negara dan skuad ‘Garuda’ itu.

Pemerhati bola sepak negara, Serbageth Singh baru-baru ini berpendapat skuad negara perlu ditambah baik dengan melantik jurulatih luar negara seperti jurulatih dari Korea atau Jepun.

Advertisements

“Pada pendapat saya adalah seperti penghujung sesuatu, mungkin kepada barisan kejurulatihan, pihak FAM atau pemain. Pengakhiran kepada sesuatu kerana kegagalan hingga sekarang ini ada perasaan marah, sedih dan terkedu apabila skuad Harimau Malaya tewas.

“Saya rasa sudah tiba masanya mencari jurulatih luar negara yang berwibawa iaitu FAM tidak malu ambil pengendali dari Jepun atau Korea Selatan.

“Ada beberapa aspek merangkumi teknikal mampu diterapkan dalam skuad Harimau Malaya kerana mereka ini mempunyai matlamat untuk setiap pasukan yang akan dipimpin nanti.

Advertisements

“Paling penting adalah mereka ini tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam pemilihan pemain dan bersifat neutral,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Kekalahan besar 1-4 kepada Indonesia sekali gus memadamkan rekod kemenangan pasukan negara ke atas Indonesia selepas Malaysia menang 3-2 dan 2-0 dalam kempen Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram