Tiga Pemain Harimau Malaya Sah Sertai Sabah
Dunia
Media Sabah FC
Advertisements

Pasukan Sabah FC dijangka akan terus memberi saingan hebat pada musim hadapan selepas mereka berjaya membawa masuk beberapa pemain berkualiti. Apatah lagi mereka bakal bersaing dalam Piala AFC musim hadapan.

Sabah hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk mengumumkan kehadiran tiga pemain baharu mereka. Ketiga-tiga pemain tersebut adalah bekas penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City), Darren Lok, pemain pertahanan tengah Kuala Lumpur City (KL City), Irfan Zakaria dan pemain JDT, Stuart Wilkin.

Desas-desus kehadiran Darren Lok ke Sabah sudah dapat dihidu sejak beberapa bulan lepas lagi. Penyerang skuad kebangsaan berumur 31 tahn itu melalui musim yang baik bersama PJ City di mana beliau sudah meledak 12 gol dalam 24 penampilan.

Advertisements

Selain meledak 12 gol bersama PJ City, Darren juga cemerlang ketika menyarung jersi skuad kebangsaan. Beliau berjaya satu gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Manakala buat Irfan Zakaria, pemain ini sentiasa menjadi pilihan utama jurulatih KL City, Bojan Hodak untuk diletakkan dalam kesebelasan utama. Bekas pemain Harimau Malaya ini juga cemerlang bersama KL City yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022.

Berbeza buat seorang lagi pemain baharu Sabah, Stuart Wilkin. Pemain ini merupakan pemain yang sudah beraksi buat Sabah untuk musim 2022 namun sebagai status pinjaman dari JDT. Selepas mempamerkan aksi berkualiti, Sabah bertindak pantas untuk menyambar pemain tengah ini dan ditawarkan kontrak dua tahun.

Advertisements

Selain cemerlang bersama Sabah, Stuart Wilkin juga kini sedang berada dalam kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijadualkan bermula 20 Disember depan.

Kehadiran tiga pemain ini sudah pasti akan menambah kualiti dan squad depth pasukan Sabah yang umum mengetahui berdepan krisis kecederaan pemain ketika menjalani kempen Piala Malaysia musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram