KV Kortrijk Tak Lepaskan Luqman Hakim Ke Piala AFF
Dunia
IG KV Kortrijk
Advertisements

Pemain muda negara yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim dikatakan tidak mendapat pelepasan kelabnya, KV Kortrijk untuk menyertai kem latihan pasukan kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric yang dijangka bermula 20 Disember ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk yang juga pemilik akaun twitter, Amin Fuad. Difahamkan, Luqman kini sedang menjalani proses latihan yang baik bersama kumpulan pemain lain. Selain itu, panggilan yang terlampau banyak buat Luqman musim lepas menjadikan pemain itu terpaksa ‘start dan reset’.

Pihak kelab hanya memberikan cuti seminggu kepada para pemain termasuk Luqman. Seharusnya kelab perlu memberikan cuti yang lebih kepada para pemain namun prestasi KV Kortrijk yang kurang baik memaksa hanya cuti yang singkat diberikan.

Advertisements

Selain itu, KV Kortrijk juga baru sahaja menukar jurulatih dan para pemain terpaksa melakukan latihan tambahan untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Jadi tidak hairanlah mengapa KV Kortrijk tidak melepaskan Luqman ke kem Harimau Malaya.

Sebelum ini, difahamkan seramai 14 pemain tidak dapat menyertai panggilan skuad kebangsaan dengan berbagai sebab namun pihak kelab jelas sekali berhak untuk tidak melepaskan pemain kerana Piala AFF berlaku di luar kalendar FIFA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram