Tiket Aksi KL City & Terengganu Dijual Serendah RM5
Dunia
KL City Football
Advertisements

Dengan Liga Super bakal bermula pada 24 Februari, kelab-kelab sibuk mengatur persiapan pra-musim. Esok, KL City bakal bertemu Terengganu di Stadium Cheras dengan penyokong berpeluang mendapatkan tiket perlawanan persahabatan itu dengan harga serendah RM5.

Tawaran tiket sebegitu rupa dibuat memandangkan ia merupakan perlawanan pra-musim pertama City Boys. Inilah peluang buat para penyokong melihat pemain-pemain baru KL City termasuk Herlison Caion, Patrick Reichelt dan Tchetche Kipre.

Penyokong dewasa boleh mendapatkan tiket perlawanan malam ini pada harga RM10 dengan RM5 untuk penyokong yang berusia di bawah 18 tahun. Sementara kemasukan percuma diberi kepada kanak-kanak.

Advertisements

Semua tiket boleh didapatkan di Kaunter Tiket A esok bermula jam 5.00 petang hingga 9.30 malam.

Anak-anak buah Bojan Hodak pasti mengharap sokongan padu penyokong agar dapat memperaga aksi bertenaga menentang lawan mereka dari Pantai Timur itu malam esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram