Tiket Aksi Ronaldo & Messi Dijual Pada Harga RM11.5 Juta
Dunia
Al-Nassr & PSG
Advertisements

Pertembungan antara Ronaldo dan Messi bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pemain ini dijadualkan bertemu dalam satu aksi persahabatan Khamis ini.

Kapten pasukan kebangsaan Portugal berusia 38 tahun itu akan mengetuai pasukan dibarisi pemain kelab Al Hilal dan Al Nassr menentang Messi dan PSG dalam skuad Riyadh ST XI.

Impian melihat pertembungan dua bintang bola sepak dunia ini difahamkan mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Advertisements

Perlawanan epik ini akan diadakan di Riyadh dengan permintaan terhadap tiket dalam talian sudah pun mencecah lebih 2 juta permintaan.

Harga lelongan tiket VIP ‘Beyond Imagination’ dijual dengan harga AS$2.66 juta (RM11.48 juta) dan bidaan dijangka berakhir pada hari ini.

Jutawan hartanah Saudi, Musharraf al-Ghamdi membuat bidaan besar dalam satu acara lelongan amal. Tiket VIP tersebut menawarkan peluang untuk bertemu Messi dan Ronaldo, dan mengambil bahagian dalam sesi bergambar dengan pasukan yang menang.

Advertisements

Ini berkemungkinan menjadi aksi terakhir antara dua ikon bola sepak ini dalam satu pentas tatkala dipisahkan oleh liga dan benua yang berbeza.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram