Tiket JDT vs Sabah Di Stadium Sultan Ibrahim Habis Terjual
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tiket bagi pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah difahamkan telah habis terjual.

Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ini bakal berlangsung di gelanggang keramat Harimau Selatan iaitu Stadium Sultan Ibrahim mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Hal ini susulan hasrat untuk melihat juara Liga Super dan Piala FA ini untuk terus melangkah ke pentas akhir sekaligus berpeluang merangkul kesemua trofi domestik yang ditawarkan.

Advertisements

Sokongan yang tidak berbelah bahagi penyokong terhadap pasukan kendalian Hector Bidoglio ini terus membara apabila SSI dikhabarkan bakal hadir dengan sokongan penuh penyokong.

Tiket yang dijual bagi perlawanan ini dilaporkan sudah pun habis terjual bagi aksi yang bakal berlangsung pada Ahad, 20 November ini.

Sabah turut dengan misi yang cukup besar untuk memadam defisit satu gol yang dimiliki oleh JDT hasil jaringan Arif Aiman pada perlawanan separuh akhir pertama.

Advertisements

Perkara ini sudah tentu memberi kelebihan kepada tuan rumah namun cabaran yang dibawa oleh anak didik Dato’ Ong Kim Swee tetap sengit bagi mencerahkan peluang ke final Piala Malaysia 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram