Timor Leste Bakal Jadi Medan Persiapan Harimau Malaya
Dunia
FAM Malaysia
Advertisements

Skuad Harimau Malaya dikatakan bakal mengadakan pertemuan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Timor Leste sebagai langkah persiapan sebelum menghadapi Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung bulan hadapan. 

Namun begitu, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang meneliti perancangan yang sesuai untuk skuad Harimau Malaya oleh kerana kesuntukan masa yang membelenggu mereka. 

Mengulas lanjut, penarikan pasukan Brunei daripada kempen Piala AFF Suzuki 2020 sebelum ini menyebabkan skuad Harimau Malaya hanya boleh mengatur aksi persahabatan bersama pasukan Timor Leste sahaja.

Advertisements

“Selepas Brunei sah menarik diri daripada kempen Piala AFF Suzuki 2020, hanya ada satu pasukan yang boleh kita atur aksi persahabatan iaitu Timor Leste. “

Walaubagaimanapun, pihak FAM perlu mendapatkan kelulusan dari AFF terlebih dahulu oleh kerana ada beberapa terma syarat yang perlu dituruti untuk mengadakan aksi persahabatan di Singapura. 

“Namun, kita perlu dapatkan kelulusan daripada AFF kerana ada syarat untuk mengaturkan aksi persahabatan di Singapura kerana kita masih tidak boleh bermain di sini (Malaysia).” katanya 

Advertisements

Pasukan Harimau Malaya diundi dalam kumpulan B yang disertai oleh pasukan dari Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia. Malaysia akan bertemu pasukan Kemboja untuk perlawanan pertama bagi peringkat kumpulan yang akan berlangsung 6 Disember nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram