Tindakan Pantas Pihak Keselamatan JDT Kawal Keadaan Terima Pujian Penyokong
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak keselamatan pasukan JDT ketika aksi final berdepan KL City FC telah berjaya meredakan ketegangan yang berlaku.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan aksi berlangsung dengan cukup baik oleh kedua-dua pasukan.

Keadaan bagaimanapun dicemari dengan perbuatan kurang senang yang dipamerkan oleh sebahagian daripada penyokong yang bertandang ke Iskandar Puteri.

Advertisements

Perkara ini bagaimanapun tidak dibiarkan lama apabila pihak Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) ‘turun padang’ untuk mengawal keadaan.

Pihak JMF tidak menunggu lama apabila memasuki perkarangan penonton dan memberkas beberapa orang yang dikatakan cuba mengeruhkan keadaan.

Advertisements

Menurut beberapa sumber, para penyokong yang dihalau itu cuba melakukan provokasi dan bertindak memberikan isyarat yang kurang baik ketika perlawanan berlangsung.

Perkara ini mendapat pujian penyokong apabila pihak kesebelasan di stadium bertindak pantas untuk mengawal keadaan.

Advertisements

Keadaan bagaimanapun kembali tenang dan perlawanan berlangsung dengan cukup baik untuk memastikan JDT merangkul Piala FA sekali lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram