fbpx

Tindakan Pegawai Perubatan JDT Terima Pujian

UNIFI
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pertembungan separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia 2021 yang melibatkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim berakhir dengan keputusan seri, 1-1.

Namun yang menjadi perhatian dalam permainan malam tadi adalah sikap dan kerjasama pasukan pegawai perubatan JDT. Pada minit ke-76 permainan, kapten Terengganu FC, Carli De Murga telah mengalami kecederaan yang serius di bahagian dada.

Tindakan pantas pegawai perubatan JDT, yang meluru masuk untuk memeriksa keadaan Carli De Murga ketika itu telah melambangkan semangat kesukanan yang tinggi. ‘Sportmanship’ yang ditonjolkan pegawai JDT itu sekaligus mendapat pujian ramai.

Inilah keindahan bola sepak Malaysia. Bila ia melibatkan nyawa, itulah yang diutama. Tahniah JDT dan Terengganu FC.

Bacaan Seterusnya..