Advertisements
Tindakan Sempoi Masatada Ishii Nyanyi Lagu Kebangsaan Thailand Jadi Perhatian
Inspirasi
MakanBola
Talao_

Tular aksi ketua jurulatih Thailand, Masatada Ishii sedang nyanyi lagu kebangsaan Thailand jadi perhatian peminat.

Perkara itu dikongsikan oleh wartawan daripada Thailand, Ta Lao ketika aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua menentang Korea Selatan semalam.

Beberapa komentar daripada penyokong Thailand turut dilhat sangat teruja dan berbangga dengan jurulatih kelahiran Jepun ini kerana berusaha untuk menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh makna.

Sejak kehadiran Masatada Ishii, skuad Sang Gajah mempamerkan aksi yang cemerlang apabia baru baru ini berjaya mencipta sejarah layak ke pusingan ke-16 saingan Piala Asia sekaligus mencipta sejarah negara.

Bukan itu sahaja, dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini Thailand berjaya bangkit mengikat gergasi Asia, Korea Selatan di Seoul World Cup Stadium.

Namun, baru-baru ini Thailand tewas 0-3 ke atas Korea Selatan bagi aksi pusingan kedua di Stadium Rajamangala.

Ketika ini, Thailand menduduki tangga ke-4 dalam kumpulan C mengumpul 4 mata dibelakang Korea Selatan dan China PR.