Tindakan Terpuji, Zamsaham Bagi Duit Raya Aidilfitri
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Dalam perlawanan Liga Premier semalam, Kelantan FC memperkukuhkan lagi cengkaman liga apabila mengatasi PDRM FC dengan keputusan 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Menurut laporan daripada laman Facebook TRW Kelantan FC, selepas tamat perlawanan tersebut, pemilik kelab Kelantan FC, Norizan Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah berbesar hati untuk memberikan saguhati penghargaan kepada seluruh pemain dan pegawai pasukan.

Dalam pada itu, prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh setiap pemain dalam perlawanan harus dihargai kerana mereka sudah bekerja keras dan berusaha untuk menaikkan nama kelab.

Advertisements

“Bukan semata-mata nilai yang menjadi ukuran tetapi komitmen yang ditunjukkan wajar dihargai.”

Semoga ianya bakal menjadi memori yang indah buat semua dengan mengakhiri perlawanan di bulan Ramadhan dengan kemenangan.

Kelantan FC telah mendahului saingan Liga Premier dengan 15 mata dan kini berada di tangga pertama hasil kemenangan menentang PDRM FC malam tadi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram