Advertising
Tinggalkan JDT, Yazid Kamaruzuan Dikesan Bersama Kelab Lembah Klang
UltraSukan
JDT Futsal

Kelibat bekas tonggak futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Yazid Kamaruzuan dikesan beraksi bersama sebuah kelab Lembah Klang.

Pada Rabu, JDT menerusi sebuah hantaran mengumumkan selamat tinggal buat pemain Ala, Yazid Kamaruzuan setelah satu musim mencipta kejayaan dan juga sejarah bersama.

Ad

”Terima kasih dan selamat maju jaya Yazid Kamaruzuan,” ucap JDT Futsal di laman media sosial.

Ad

Pemergian Yazid ini membuatkan para peminat futsal tanah air tertanya-tanya mengenai destinasi seterusnya sama ada kembali ke Lembah Klang atau berkelana ke Pantai Timur.

Menerusi satu hantaran oleh JDT Futsal umpama menjawab persoalan peminat apabila kelibat Yazid dikesan beraksi bagi pasukan Selangor TOT United dalam satu aksi persahabatan.

Ad

Beberapa keping foto perlawanan yang dimuat naik oleh JDT Futsal menyaksikan aksi Yazid diturunkan oleh Selangor TOT United bagi perlawanan berdepan skuad Harimau Selatan itu.

Ad

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Ortuseight Arena, Kuala Lumpur itu berakhir dengan kemenangan 5-1 memihak JDT yang dikendalikan oleh Juan Antonio Miguel Garcia.

Ad

Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman berkenaan destinasi seterusnya buat Yazid sama ada bakal kembali menyarung jersi Selangor TOT United semula atau sebaliknya.

Ketika ini, pasukan di Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sedang rancak mendapatkan pemain menjelang sepak mula saingan 2025 dengan JDT baru selesai merekrut Syed Aizad dari Selangor.