Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi gambaran mengenai keadaan bola sepak tanah air.
Beliau yang meninggalkan komen di ruangan hantaran Johor Southern Tigers menyatakan bahawa sudah menjadi lumrah bola sepak apabila sesetengah pihak masih tidak serik sungguhpun sudah hampir 10 tahun.
Kata Baginda, sesetengah pihak masih memilih untuk berkata-kata sedangkan kualiti rumput juga masih diabaikan.
“Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik.”
“10 tahun masih cakap lebih tetapi masih cow grass,” jelasnya.
Namun begitu, TMJ menjelaskan bahawa tidak semua yang mampu mengecapi kejayaan dengan bermain bunga api setiap tahun.
“Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun.”
“Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan.”
Baginda juga sempat mengucapkan selamat bercuti buat keluarga JDT tatkala persediaan pasukan terus berjalan menjelang musim baharu.
JDT mencatat sejarah apabila berjaya merangkul 14 trofi secara keseluruhan musim ini.