TMJ: 2022 Tahun Luar Biasa JDT
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan perjalanan JDT pada musim ini amat cemerlang namun yakin pasukannya masih mampu mengecapi sesuatu. 

Baginda dalam satu kenyataan menyifatkan bahawa tahun 2022 menjadi tahun yang amat baik buat Harimau Selatan namun masih belum tamat.

TMJ turut melihat bahawa pelbagai kejayaan telah pun berjaya dikecapi bermula dari pasukan senior hingga ke pasukan junior setakat ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Baginda mahu kelab untuk terus bersemangat dan memburu lebih banyak trofi yang mampu diraih oleh pasukan.

“Kelab ini akan terus berusaha untuk mencapai lebih kejayaan, dan kami memerlukan sokongan daripada semua di dalam keluarga JDT, pengurusan, barisan kejurulatihan, para pemain, staf dan penyokong untuk menyempurnakan musim ini dengan lebih bergaya.”

JDT secara umumnya juga telah pun merangkul sembilan trofi setakat ini dalam tahun 2022 dengan Akademi JDT menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak tujuh piala.

Advertisements

Hal ini juga termasuk JDT III yang berjaya memenangi Piala Presiden (B21) buat pertama kali selain pasukan JDT II yang kini selangkah untuk dinobatkan sebagai juara Liga Premier.

Kejayaan terbesar JDT pada tahun ini adalah apabila berjaya mencipta sejarah dan juga fenomena yang luar biasa di pentas Liga Juara-Juara Asia (AFC).

“Pasukan senior yang berjaya mencipta sejarah layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC pula kini dalam landasan mencipta rekod memenangi Liga Super buat kali kesembilan.”

Advertisements

“Ini merupakan suatu perkara yang saya percaya sukar untuk ditandingi. ‘A triple hattrick!” kerana ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku,” jelasnya.

TMJ juga menyeru para penyokong Harimau Selatan untuk kekal memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam mencapai matlamat menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram