Advertisement
TMJ: Ada Lagi 3
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bahawa kelab akan membawa masuk tiga lagi muka baharu bagi saingan musim 2023.

Prestasi pasukan Harimau Selatan ini amat memberangsangkan dalam kempen musim 2022 selepas mereka berjaya melangkah dengan penuh gemilang dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Malah, skuad yang dibimbing oleh l Hector Bidoglio ini turut merangkul kesemua trofi yang ditawarkan sekaligus meletakkan penanda aras yang cukup tinggi buat kelab untuk terus mengekalkan prestasi ini.

Menerusi satu kenyataan oleh TMJ sebelum ini, Baginda pernah memaklumkan bahawa akan ada pemain-pemain yang bakal dibawa masuk bagi memantapkan sesetengah posisi.

JDT juga telah mengumumkan kehadiran bekas penyerang pasukan, Diogo Louis Santo yang membuat kepulangan semula bersama kelab setelah bersama BG Pathum United selama dua musim.

Baginda Tunku ada meninggalkan komen pada ruangan dengan memberi bayangan akan ada tiga lagi pemain akan dibawa masuk.

“Ada lagi 3,” komen TMJ pada ruangan tersebut.

5A4AD71E 0429 464A AFAD A9413FC4F88B TMJ: Ada Lagi 3
IG: Johor Southern Tigers

JDT difahamkan akan membawa masuk pemain pada posisi penjaga gol, pemain tengah dan juga pertahanan kiri untuk melengkapkan skuad sedia ada bagi musim

hadapan.