TMJ Akan Bawa Masuk Lebih Ramai Pemain Warisan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris (TMJ) menzahirkan rasa teruja dan bangga dengan pencapaian JDT ketika ini.

Oleh itu, beliau percaya bahawa usaha gigih perlu diteruskan dalam memastikan pasukannya terus mendekatkan diriuntuk bersaing bersama pasukan gergasi Asia yang lain.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, baginda menjelaskan mengenai beberapa perancangan yang sedang diusahakan untuk terus memantapkan lagi pasukan.

Advertisements

TMJ menegaskan bahawa terdapat usaha untuk menambah lagi kekuatan pada setiap posisi dalam pasukan.

Baginda melihat usaha ini melibatkan ramai pemain Malaysia yang berkelana di luar negara menunjukkan minat untuk bermain buat pasukan Harimau Selatan.

‘Kita akan mengusahakan untuk membawa lebih ramai lagi pemain warisan.’

Advertisements

‘Kita mahu lebih ramai lagi Naxto Insa, Corbin Ong, Matt Davies dan Hong Wan.’

Usaha ini dikenal pasti sebagai salah satu cara yang terbaik untuk memastikan JDT kekal bersaing secara kompetitif dalam saingan tertinggi Asia ini.

Ketika ini, pasukan kendalian Benjamin Mora sedang melalui fasa yang cukup baik apabila berjaya menamatkan saingan Kumpulan I selaku juara.

Advertisements

Hal ini juga telah menyebabkan dua pasukan gergasi di Jepun dan Korea iaitu Kawasaki Frontale dan juga Ulsan Hyundai terpaksa pulang awal.

JDT juga bakal mengekang cabaran Urawa Red Diamonds pada aksi kalah mati Ogos nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram