TMJ Akui Gemar Perlawanan Diadakan Pada Waktu Siang
Dunia
Syafiq Freman
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) akui menggemari suasana perlawanan Liga-M jika dilangsungkan pada waktu siang.

TMJ beranggapan suasana perlawanan waktu siang (petang) memberikan suasana seperti di Eropah dengan pemandangan yang lebih baik sekaligus memberikan pilihan waktu siaran langsung yang lebih pelbagai.

“Saya tiada kuasa berkenaan hal itu, itu keputusan MFL (Malaysian Football League) untuk menentukan itu.

Advertisements

“Kalau ikut saya, saya suka perlawanan waktu petang, kalau ikut hati saya ikut macam di ACL kerana saya rasa macam di Eropah (suasana).

“Saya rasa mungkin hak penyiaran TV punya permintaan, memaksa MFL untuk ambil inisiatif itu (perlawanan waktu malam),” Jelas TMJ semasa sesi dialog bersama penyokong di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, perlawanan melibatkan JDT dan Ulsan Hyundai dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara AFC diadakan pada waktu siang dan ianya berjaya menerima maklum balas positif sebahagian penyokong bola sepak di Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram