Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kehadiran JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) memberi pengalaman berguna buat para pemain.
Baginda yang lebih mesra disapa TMJ melihat kekalahan berguna 0-5 ke atas juara dua kali Asia, Urawa Red bakal menjadi pengajaran terbaik dalam usaha mereka mengorak langkah dalam kejohanan berprestij ini.
Katanya, ia menjadi satu kebanggaan buat kelab dari Malaysia untuk bersaing bersama pasukan-pasukan gergasi di rantau ini namun yakin kelebihan menjadi milik tuan rumah.
“Ini menjadi satu kebanggaan untuk bermain pada peringkat dan kejohanan berprestij seperti ini.”
Walau bagaimanapun, baginda mengakui dengan kualiti yang dimiliki oleh pasukan lawan, JDT tidak boleh melakukan kesilapan mudah yang menyebabkan pasukan mudah dibolosi.
“Pada peringkat ini (ACL) kamu tidak boleh melakukan kesilapan.”
TMJ juga menganggap ini satu berjalanan yang cukup berguna buat para pemain Harimau Selatan terutamanya bagi membina keyakinan bagi saingan akan datang.
Pencapaian ini juga telah mencipta sejarah buat kelab dan menjadi satu kebanggaan untuk Malaysia dan juga rakyatnya.