TMJ Anggap Ozil Tidak Sesuai Untuk JDT
Dunia
Advertisements

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris menyatakan bahawa bintang Eropah, Mesut Ozil tiada dalam perancangan JDT.

Sebelum ini, bekas pemain Arsenal itu telah dikaitkan dengan JDT oleh kerana pemain beliau ketika itu bergelut untuk mendapatkan minit permainan dengan kelabnya, İstanbul Başakşehir.

Tunku Ismail Idris dalam pada itu menegaskan bahawa JDT tidak sama sekali akan merekrut pemain yang hanya berstatus ‘bintang’ sahaja tanpa melihat latar belakang atau prestasi semasa pemain tersebut.

Advertisements

“Tiada ‘superstar’ dalam JDT. Kita mahukan pemain yang memberi komitmen tinggi, sanggup mati antara satu sama lain dan komited untuk bertahan serta menyerang sebagai satu unit.

“Takkan kita mahu terima setakat untuk ada nama besar di JDT. Saya mahukan keputusan dan kejayaan bukan populis. Untuk berjaya, kita perlukan pemain yang boleh bagi 100 peratus.

“Jadi untuk Mesut Ozil, tidak pernah ada dalam perancangan saya kerana kalau dia bagus, kenapa tiada satu kelab ambil dia? Mungkin ada masalah peribadi, mungkin juga kerana sikap.

Advertisements

Tambah TMJ, penilaian yang teliti terhadap seorang pemain sebelum direkrut amat dititikberatkan oleh JDT untuk memastikan pemain tersebut memahami falsafah kelab dan sentiasa komited terhadap kelab untuk mencapai tahap tertinggi.

Baginda turut mempersoalkan mengapa Ozil masih tiada kelab yang mahukannya dan meminta untuk penyokong sendiri berfikir atau membuat penilaian mengapa Ozil tiada dalam perancangan JDT.

“Saya tak mahu burukkan sesiapa kerana saya pun tak kenal dia. Tetapi ini adalah adalah faktor di mana kita harus buat penilaian kenapa tiada pasukan mahukan dia,” kata Tunku Ismail Idris dalam sesi temubual bersama penyokong Johor di laman sosial Facebook Johor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram