Dunia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ada memuat naik satu kenyataan untuk menyelongkar mengenai masalah yang dialami oleh pasukan Selangor FC.

Baginda dalam satu hantaran di laman Instagram rasminya mendedahkan mengenai individu yang dikatakan menjadi penyebab kepada situasi yang terjadi di Selangor ketika ini.

Hal ini disebabkan prestasi terumbang-ambing pasukan telah meletakkan para penyokong setia pasukan berasa kecewa dengan aksi longlai di atas padang.

Advertisements

TMJ menyelar tindakan Izhar Moslim yang dikatakan menjadi punca kepada perkara yang terjadi di kelab itu.

“Izhar Moslim. The man who bantai pengurusan lama tapi claim pencapaian pengurusan lama.”

“Apabila ada masalah, gagal, salahkan orang lain.”

Advertisements

Baginda juga kelihatan tertanya-tanya dengan tindakan Raja Mudah Selangor (RMS) yang masih dengan pendirian untuk mengekalkan individu ini dalam pengurusan tertinggi pasukan.

“RMS apa yang Tuanku takut sangat dengan dia ni?”

“Tak akan semua benda nak ikut cakap dia saja?”

Advertisements

Walau bagaimanapun, hantaran di Instagram Story TMJ telah pun dipadam sejurus selepas itu.

Baginda juga kelihatan hairan dengan ‘kuasa’ yang begitu besar diberikan kepada individu ini termasuklah membuat keputusan, membeli pemain dan melantik jurulatih.

Katanya, tindakan ini telah menyebabkan banyak pasukan lain yang telah memintas kedudukan Selangor sungguhpun pasukan itu mempunyai dana yang begitu besar.

Advertisements

Baginda mengakhiri kata-katanya dengan menitipkan pesan agar RMS melakukan tindakan yang betul bagi menyelesaikan segala permasalahan di kelab.

“Selagi ada dia dan kuncu-kuncu dia sentiasa ada masalah dalam Selangor,” jelas Baginda pada akhir kenyataan.

Izhar TMH TMJ: Apa Yang Tuanku Takut Sangat Dengan Dia Ni?
Ig Story: Hrhcrownprinceofjohor
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram