TMJ Bagi Satu Dua Kata Kepada “Abang Kawasan” Penyokong Perak
MakanBola

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menyampaikan satu dua kata kepada “penjaga” penyokong Perak yang dipercayai ramai dari kalangan penyokong casual.

Menerusi satu muat naik story Instagram, TMJ memaparkan gambar hantaran Facebook Munawer Si Puntum Umar yang ingin hadir ke Stadium Pasir Gudang Sabtu ini untuk berjuang demi pasukan tersayang.

298983779 5590859094297995 5842554355172469419 n TMJ Bagi Satu Dua Kata Kepada "Abang Kawasan" Penyokong Perak

Hantaran tersebut turut disertai kapsyen tambahan oleh TMJ yang menjelaskan penyokong terbabit tidak perlu takut dengan Polis dan IJF namun menasihatkan agar berhati-hati dengan “benda lain”.

“Di Johor ni jangan takut Polis, jangan peduli dengan IJF, tapi jaga-jaga dengan benda lain yang tak nampak.”

munawer perak fc TMJ Bagi Satu Dua Kata Kepada "Abang Kawasan" Penyokong Perak

Sementara itu Munawer tidak mahu memperdulikan apa-apa dan sanggup bertumpah darah demi pasukan tercinta.

We are on top mates, pedulikan apa orang nak kata, yang penting keselamatan penyokong Perak di tempat lawan terjamin, walaupun kami terpaksa bertumpah darah dan keringat. #nextpasirgudangberdengung #invadepasirgudang #ijfwhocare”

Selain itu, juga terdapat gambar kad pengenalan yang telah dikaburkan mengandungi senarai individu yang yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri keganasan bola sepak di Malaysia.

Sebelum ini dalam perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dan Perak di Kota Bharu dicemari insiden pergaduhan di mana terdapat beberapa provokasi dilakukan sesetengah penyokong yang menimbulkan kemarahan penyokong pasukan satu lagi.