Dunia
Tunku Ismail
Advertisements

Tunku Ismail Idris (TMJ), hari ini mengeluarkan kenyataan balas menerusi komennya di Instagram menjelaskan kewajaran agar bersabar dan meningkatkan kemampuan diri dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

Johor Darul Ta’zim mungkin tidak dapat mencapai keputusan yang diingini penyokong untuk saingan ACL tahun ini namun TMJ jelas “kurang gemar” dengan komen segelintir penyokong yang tidak realistik.

“Siapa melantik Benjamin Mora? Kenapa tiada orang suruh saya keluar?”

Advertisements

“Saja nak tanya, tahun ini dah ada satu piala betul? Setiap tahun dari 2014 ada satu atau dua piala betul? Ini Liga Juara-Juara AFC.” Jelas TMJ di Instagram.

Selain itu TMJ turut menjelaskan JDT masih dalam keadaan baik jika dibandingkan dengan pencapaian semasa dan pencapaian setiap tahun.

“Kita pernah menang perlawanan Liga Juara-Juara AFC, pernah seri, pernah kalah. Lawan kelab Jepun kita pernah menang, lawan kelab Korea kita pernah menang.”

Advertisements

“Kini taraf kita belum setinggi (mencapai tahap) untuk Liga Juara-Juara AFC namun untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC adalah satu perhormatan.”

“Kita satu-satunya kelab dari negara ini bermain di Liga Juara-Juara AFC. Bagus untuk ada cita-cita tetapi cita-cita dengan khayalan berbeza.”

“Pertama sekali, sedar diri taraf kelab di Malaysia, kedua barulah impian (angan-angan).”

Advertisements

“Ketiga jangan putus asa dan sentiasa tingkatkan diri.”

kata kata tmj acl jdt TMJ: Bagus Untuk Ada Cita-Cita Tapi Ianya Berbeza Dengan Khayalan
Kata-kata TMJ di Instagram.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram