TMJ: Berhenti Lakukan Hal Ini Kepada Saya
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) DYAM Tunku Ismail Idris dalam satu hantarannya di Twitter jelas menunjukkan reaksi teruja dengan kemenangan yang dicatat pasukannya, JDT.

JDT dalam pertembungan malam semalam berjaya mengutip tiga mata penuh setelah menewaskan pasukan tuan rumah. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Paroi menyaksikan JDT menang dengan keputusan 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Apa yang lebih menarik, 10 minit masa tambahan yang diberikan pengadil di babak kedua permainan telah dimanfaatkan JDT dengan gol kemenangan pada minit-minit akhir menerusi penyerang berbisa, Fernando Forestieri.

Advertisements

TMJ dilihat terkejut dengan kemenangan bergaya yang diraih anak buah kendalian Benjamin Mora. Beliau mengharapkan pasukannya tidak lagi mengulangi babak-babak yang mendebarkan seperti ini.

Sebelum ini dalam pentas ACL, JDT turut melakar kemenangan pada saat-saat akhir ketika menentang Ulsan Hyundai 2-1.

JDT kini kembali menerajui carta Liga Super Malaysia, mencatatkan semua kemenangan dalam setiap perlawanan. 15 mata kini meletakkan JDT berada pada momentum terbaik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram