TMJ Dedah Rahsia Perbincangan Dengan RMS
Dunia
Selangor
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi perkara-perkara yang dibincangkan semasa sesi perjumpaan bersama Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah (RMS) pada 11 Septemper lalu di Kuala Lumpur.

“Kami berbincang di mana pihak yang ada dalam pengurusan masing-masing, dan juga dalam puncak kepimpinan tertinggi harus main peranan dan juga menjadi contoh kepada penyokong-penyokong.

“Tak guna nak ada penyokong bergaduh tak tentu arah sedangkan kita duduk dalam satu negara dan industri yang sama dan itu adalah salah satu dalam perbincangan.

Advertisements

“Ada juga dia (RMS) tanya saya tentang pengurusan pemain, dia tak sangka industri bola sepak ini sangat berbeza dengan apa yang dia jangkakan.

“Di mana para pemain ada idea mereka sendiri dan cara pemain memberikan maklum balas terhadap pemimpin-peminpin mereka. Jadi perkara-perkara begitu, perancangan, teknologi, bola sepak, program akar umbi dan itulah perbincangan-perbincangan kami.

“Dan bagaimana kami (boleh) bangunkan bola sepak Malaysia. Salah satu perkara yang saya tekankan adalah kepentingan untuk ada individu-individu yang betul dalam kelab.

Advertisements

“Kalau boleh kita jauhkan (bola sepak) dari individu-individu yang ambil kesempatan terhadap kelab dan Tengku RMS (Tengku Amir Shah) sendiri.

“Jadi itu nasihat saya sendiri kepada Tunku Raja Muda dan dia juga ada cakap pada saya kalau ada apa-apa idea untuk tunjuk ajar untuk dia perbaiki Selangor FC dan dia juga ada idea-idea dia yang tersendiri.

“Saya juga ada kongsikan kepada RMS bahawa setiap kelab senarionya adalah lain, tak sama tetapi perlu jumpa ‘tonik’ yang betul untuk mengawal pihak pengurusan agar jangan campur tangan banyak sangat dalam bilik persalinan.

Advertisements

“Contohnya di JDT, pasukan komersial tiada kena mengena dengan pasukan pembangunan bola sepak”, tambah TMJ semasa sesi soal-jawab bersama penyokong di Johor Bahru.

Selain itu, TMJ juga menjelaskan bahawa JDT belum memiliki sebarang perancangan untuk mengapungkan (IPO) kelab ke pasaran saham.

“Berkenaan dengan IPO tadi, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan lagi berkenaan isu tersebut,” jelas TMJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram