TMJ Dirakam Seolah-Olah Sedang Mengatur Taktikal Dari Luar Padang
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat seakan-akan sedang mengatur taktikal pasukan dari luar padang.

Perkara itu dikatakan terjadi dalam perlawanan semalam tatkala Johor Darul Ta’zim melayan kunjungan pasukan dari Utara, Kedah Darul Aman.

JDT berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 4-1, mencatat kemenangan ke-16 dalam liga sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Liga Super musim ini.

Advertisements

https://vt.tiktok.com/ZSRqE65c6/

Disebalik kejayaan JDT mengutip tiga mata, TMJ memainkan peranan penting apabila dilihat terlibat dalam pertukaran pemaian. Baginda dikesan memberi arahan kepada pegawai bertugas dan memaklumkan kepada barisan kejurulatihan untuk memasukkan pemain tengah JDT, Safiq Rahim.

Advertisements

Video yang tular di aplikasi Tiktok itu telah dikongsikan pengguna Tiktok, Amirul Fasli. Rakaman tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila mencapai lebih 394 ribu tontonan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram