TMJ Jelaskan Situasi Semasa Tidak Mengizinkannya Beli Saham Manchester United
Dunia
Instagram: @hrcrownprinceofjohor
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini telah memberikan penjelasan mengenai desas-desus berkaitan beliau suatu ketika dahulu yang pernah berminat untuk membeli saham Manchester United.

Tunku Ismail mengulas lanjut berkenaan perkara itu dalam satu temu bual bersama pengacara Cakap Sukan di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari. Ketika ditanya, TMJ menyatakan bahawa sejak dulu memang ada perancangan untuk membeli saham Manchester United, namun terdapat beberapa kekangan ketika ini.

“Benar, tetapi oleh kerana dengan situasi kewangan yang kami melalui sekarang, saya kira perkara itu belum masa yang sesuai.”

Advertisements

Mengulas lanjut, TMJ turut menjelaskan bahawa tanda harga sesebuah kelab ternama di dunia adalah sangat mahal. Namun tidak mustahil untuk seseorang itu membelinya dan secara tidak langsung terlibat sama dalam menaja sesebuah kelab.

“Tetapi jika nak beli pun, saya juga tidak mampu bayar begitu mahal. Namun kalau nak ada share sedikit dalam kelab tersebut, bolehla.”

TMJ menyatakan bahawa jika seseorang mendapat peluang untuk membeli share dalam sesebuah kelab di eropah, ia adalah satu kebanggaan dan kehormatan. Menurut Tunku, soal pembelian saham itu pada masa akan datang kita akan lihat bagaimana prosesnya.

Advertisements

“Untuk ada share dalam kelab eropah, bagi saya ia satu kehormatan kerana itu adalah minat saya. Tetapi soal saham itu, kita tengok nanti bagaimana.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram