TMJ: Kamu Perlu Ada Pengetahuan & Dedikasi Bagaimana Mahu Belanjakan Wang
Dunia
MakanBola
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menegaskan bahawa wang bukanlah segala-galanya bagi mengecapi kejayaan dalam bola sepak.

Baginda tahu ada yang mengatakan bahawa wang mampu untuk membeli kejayaaan.

Advertisements

TMJ dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers memberi contoh mengenai situasi yang dialami oleh gergasi bola sepak Eropah, Mannchester United ketika ini.

Katanya, sungguhpun The Red Devils sudah pun membelanjakan jumlah sebanyak sejak beberapa musim kebelakangan ini, mereka masih gagal untuk menjadi pasukan terbaik di Eropah.

Advertisements

Prestasi semasa pasukan United juga amat mendukacitakan selepas terleposok di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Manchester United telah membelanjakan lebih £1billion dalam tempoh 10 tahun yang lalu sementara beberapa kelab di Malaysia berbelanja berjuta-juta setiap tahun.”

Advertisements

“Akan tetapi mereka boleh menjadi contoh mengapa dengan wang sahaja tidak cukup untuk membantu meraih kejayaan.”

Kata Baginda, dalam menguruskan bola sepak, aspek yang paling penting perlu ditekankan adalah dengan mempunyai semangat dan dedikasi yang tinggi dalam apa jua yang dilakukan.

Advertisements

“Anda juga perlu mempunyai pengetahuan, dedikasi, semangat dan perlu tahu bagaimana untuk membelanjakan wang,” jelasnya.

Kata-kata Baginda ini juga menjadi cerminan atas pencapaian luar biasa JDT sejak diambil olehnya sedekad yang lalu.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account