TMJ Minta Sanusi Tunjukkan Bukti Dan Fakta, Bukan Main Sembur
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris atau TMJ mempersoalkan tindakan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang bercerita tanpa bukti dan fakta.

Sanusi sebelum ini menyatakan ada individu yang diberikan kuasa penuh dalam arena bola sepak Malaysian sehinggakan individu tersebut mampu mengatur dan memberi arahan kepada pasukan lain.

Selepas tular kenyataan tersebut, TMJ membalas kenyataan Sanusi itu melalui satu ciapan yang menyeru Sanusi untuk memberikan segala bukti dan fakta bukannya cakap ‘main hembus’.

Advertisements

Selain itu, baginda juga menganggap kenyataan yang diberikan Sanusi itu hanya cerita sensasi untuk menaikkan ‘rating’ beliau sebagai ahli politik.

Isu hangat ini bermula selepas Sanusi mendedahkan bahawa ada ‘tokong’ dalam Liga Malaysia yang akan menjejaskan mana-mana pasukan untuk bermain secara adil semasa permainan. Beliau memberikan contoh perlawanan yang melibatkan JDT dan Negeri Sembilan FC minggu lepas yang menyaksikan pengadil memberikan tambahan 10 minit sehingga pasukan JDT berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Susulan dari kenyataan tesebut, dunia bola sepak dikejutkan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Walaupun tempoh pinjaman selama setahun, namun JDT membuat keputusan memanggilnya lebih awal.

Advertisements

Sanusi menjelaskan apa yang dibuat oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) itu merupakan sesuatu yang betul dan mematuhi perjanjian pinjaman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram