TMJ Pertimbangkan Hasrat Tinggalkan JDT
Dunia
MakanBola
Instagram: @hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris dikhabarkan sedia mempertimbangkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai pemilik kelab tersebut.

Menerusi satu kenyataan di laman rasmi Instagramnya, baginda menegaskan bahawa masih dalam dilema sama ada ingin membuat keputusan tersebut atau tidak.

Advertisements

Menurut beliau, keputusan untuk meninggalkan pasukan Harimau Selatan bakal memberi risiko yang sangat tinggi kepada kestabilan pasukan tersebut.

” Saya dah 8 tahun mengurus di JDT. Secara jujurnya letih sedikit.”

Advertisements

Namun begitu, baginda khuatir jika keputusan tersebut bakal merugikan pasukan dan segala yang sedang diusahakan.

Advertisements

Baginda juga turut mengakui cinta dan minatnya terhadap bola sepak tidak akan pernah padam. Akan tetapi, Tunku tidak memerlukan bola sepak untuk meneruskan kehidupannya.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ada berkongsikan beberapa sebab yang memungkinkan TMJ untuk melepaskan jawatannya di kelab.

Advertisements

Ini termasuklah usahanya untuk terus berkhidmat buat warga Johor dan membantu pihak yang memerlukan. Malah, baginda sendiri pernah menjelaskan bahawa keinginan untuk memajukan Johor dari segenap aspek termasuklah sistem pendidikan dan ekonomi di sana.

Sambil itu, beliau menyatakan segala perancangan rapi yang telah dilakukan sejak sekian lama bakal musnah jika baginda berhasrat untuk meneruskan rancangan melepaskan kelab.

Advertisements

Ini termasuklah pemergian bakat-bakat berkualiti yang telah dikumpulkan di JDT pastinya bakal angkat kaki jika ia benar-benar terjadi.

Perkara ini sekaligus menjadi tanda tanya buat seluruh peminat bola sepak tanah air yang sememangnya kagum dengan pencapaian pasukan itu sejak diuruskan oleh TMJ.

Advertisements
tmj 6 TMJ Pertimbangkan Hasrat Tinggalkan JDT
Photo: hrhcrownprinceofjohor

News Comments Account