TMJ Peruntukkan Alatan Kecergasan Kepada Skuad Harimau Malaya
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah memperuntukkan peralatan kepada pasukan kebangsaan.

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers hari ini, mereka mengumumkan bakal menandatangani kerjasama dengan salah sebuah jenama kecergasan antarabangsa.

Perjanjian ini juga difahamkan akan dimetrai dalam beberapa bulan akan datang selepas perbincangan kini berada pada tahap akhir.

Advertisements

Baginta Tunku turut bertitah agar JDT memberikan sebahagian daripada peralatan tersebut buat skuad kebangsaan Malaysia dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.

TMJ juga sudah banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak Malaysia antaranya dengan menyumbang dana sebanyak RM1.3 Juta bagi penukaran padang di SNBJ.

Baginda juga telah meminjamkan kanvas milik JDT sebelum ini bagi memastikan permukaan padang dalam keadaan baik sebelum perlawanan.

Advertisements

Usaha ini juga bakal memberikan kelebihan buat skuad negara yang bakal berdepan beberapa kejohanan penting dalam tahun ini termasuklah Pestabola Merdeka dan juga Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram