Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris menyeru para penyokong untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan aksi JDT menentang pasukan Sri Pahang FC malam esok.

Perlawanan malam esok merupakan perlawanan terakhir JDT sebelum Liga Malaysia berehat untuk memberi laluan kepada persediaan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya yang bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ke Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil.

“Esok last game selepas itu break untuk 1 bulan. Datang stadium beri sokongan. Tahun ni fighting spirit team luar biasa. Sokongan anda memberi setiap pemain semangat yang luar biasa,” seru TMJ dalam ruangan komen instagram @officialjohor.

Advertisements

TMJ juga menjelaskan bahawa banyak duit sudah dibelanjakan dan pelbagai pencapaian sudah dicipta, namun sedikit kecewa kerana masih perlu merayu kepada penyokong untuk hadir ke stadium.

“Kesian saya ni. Berjuta juta duit keluar, masa, pengorbanan, sejarah, percapaian… dan masih kena merayu untuk penyokong ke stadium. Apa apa pun terima kasih atas sokongan anda,” coret TMJ mengakhiri komen.

Komen TMJ TMJ Rayu Penyokong Penuhkan Stadium
Komen TMJ yang diambil dari laman instagram pasukan JDT.

JDT kini berada di takhta Liga Super dengan mengekalkan rekod bersih lima kemenangan daripada lima perlawanan yang telah dilalui. JDT dijangka terus menjarakkan kedudukan kerana mereka masih lagi kekurangan perlawanan berbanding pasukan lain.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram