TMJ & RMS Duduk Semeja Bincang Pembangunan Bola Sepak
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertemu dengan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor hari ini untuk tujuan perbincangan bola sepak.

 Baginda Tunku yang turut disertai oleh para pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC di Kuala Lumpur hari ini.

TMJ yang sebelum ini juga pernah berkongsi idea dan pandangannya secara tidak langsung secara maya terutamanya berkenaan pengurusan sesebuah kelab dari laman Instagram Baginda.

Advertisements

Pertemuan dua mata ini difahamkan adalah bertujuan untuk berkongsi idea daripada kedua belah kelab terutamanya berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan. 

Bukan itu sahaja, tujuan perjumpaan ini juga difahamkan adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dan Selangor dalam usaha meningkatkan lagi taraf dan kualiti bola sepak kedua-dua kelab.

Pasukan Harimau Selatan yang kini sudah pun mengorak langkah di pentas tertinggi bola sepak Asia dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) pastinya mampu memberi impak kepada Selangor yang turut dalam misi melangkah ke Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram