TMJ Santuni Delegasi Pelajar SMK TTDI Selangor Ke JDT

JDT SMK TTDI TMJ Santuni Delegasi Pelajar SMK TTDI Selangor Ke JDT
Johor Southern Tigers

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini telah meluangkan masa untuk menyantuni delegasi rombongan pelajar SMK TTDI, Selangor ke pusat latihan JDT.

Kira-kira seramai 24 orang pelajar sekolah telah berpeluang untuk melihat sesi latihan skuad senior Johor Darul Ta’zim. Rombongan pelajar ini turut diiringi seramai 20 orang guru pengiring.

Tunku Ismail dilihat amat berbesar hati dan menyambut baik kedatangan mereka di Pusat Latihan Tertutup di Padang Seri Gelam.

Selain dapat melihat bintang-bintang dan barisan kejurulatihan JDT, delegasi rombongan ini juga sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenagan sebelum berangkat pulang.

Lawatan seperti ini bakal memberikan inspirasi tambahan kepada ramai anak muda dalam menyemai semangat kearah memajukan bola sepak Malaysia. Para pelajar ini pastinya akan terus berkobar-kobar dan berusaha untuk mengembangkan bakat dalam arena bola sepak tempatan.