Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu kenyataan hari ini memberikan pandangan berkenaan berkenaan bola sepak Malaysia.

Baginda menerusi satu kenyataan melalui Instagram Storynya memaklumkan bahawa ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kenyataan khususnya terhadap pasukannya yang mencipta pelbagai kejayaan.

Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.”

Advertisements

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan.”

TMJ juga memaklumkan bahawa kejayaan Malaysia untuk mara ke pentas Piala Asia sebelum ini juga melibatkan kudrat para pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas.”

Advertisements

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.”

“Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” jelasnya.

Piala AFF kali ini menyaksikan bahawa tidak ada seorang pun pemain JDT yang membarisi pasukan dengan muka-muka baharu  menjadi pilihan Kim Pan-gon untuk membawa cabaran negara.

Advertisements
FA0DAC41 F4C9 47A7 8C8C 55516DFDCE7F TMJ: Saya Akan Terus 'Membunuh' Bola Sepak Malaysia
IG: hrhcrownprinceofjohor
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram