TMJ Tak Mahu Bagi Janji Manis
Dunia
MakanBola
officialjohor
Advertisements

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, Tunku Makhota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim anggap lepasi saingan peringkat kumpulan saingan ACL sebagai sasaran yang realistik.

Tunku Makhota Johor dalam pada itu menegaskan bahawa baginda tidak mahu sekadar melontarkan janji-janji manis kepada peminat-peminat JDT. Baginda mahu para peminat sentiasa jelas akan sasaran yang diletakkan oleh pihak kelab.

Advertisements

“Insya-Allah kalau kita dapat melepasi peringkat kumpulan itu lebih daripada cukup. Saya ini suka sasaran realistik, saya tidak suka bagi penyokong saya janji-janji manis atau pun cerita-cerita dongeng,” jelas Tunku Ismail kepada Bernama.

Bagi perlawanan peringkat kumpulan, pasukan Johor Darul Ta’zim akan bertemu dengan pasukan-pasukan gergasi Asia iaitu Juara Liga Jepun Kawasaki Frontale, Ghuanzhou FC (China) dan salah satu pemenang bagi perlawanan play-off diantara Port FC (Thailand) dan Ulsan Hyundai (Korea Selatan).

Advertisements

Saingan Asian Champion League bakal bermula pada bulan April akan datang. Pasukan kendalian Benjamin Mora musim ini bakal memberi saingan yang hebat kali ini ditambah dengan kehadiran pemain-pemain yang berkualiti dilihat mampu beri impak yang besar untuk lepasi sasaran kali ini.

News Comments Account