TMJ: Terengganu Pasukan Yang Hebat, Sentiasa Menjadi Mimpi Ngeri JDT
Blog
Advertisements

Pasukan yang mengekori rapat pendahulu Liga Super 2021, Terengganu FC mendapat perhatian oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyifatkan pasukan pantai timur itu merupakan sebuah pasukan yang sangat berkualiti dalam Liga Super.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, Tunku Ismail menyatakan beberapa pasukan lawan yang mempunyai kualiti dan persembahan yang dilihat mampu untuk menggugat pasukan Harimau Selatan dalam saingan musim ini.

” Ada tiga pasukan yang boleh mencabar JDT. Kedah, Terengganu dan juga Pahang.”

Advertisements

Menurutnya lagi, antara salah satu pasukan yang berpotensi untuk menghadiahkan kejutan dalam saingan liga ialah Terengganu. Beliau turut menjelaskan bahawa pasukan kendalian Nafuzi Zain itu mempunyai falsafah bola sepak yang sangat hebat apabila pasukan beliau nyaris-nyaris kalah ketika bertemu dengan pasukan Terengganu sebelum ini. Tambahan pula, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan anah buah Benjamin Mora terkedu setelah jaringan pemain muda, Hakimi Abdullah menghadiahkan kekalahan pertama mereka musim ini.

Sejurus seleps tamat perlawanan, TMJ terus ke bilik persalinan pasukan Terengganu lalu mengucapkan tahniah atas persembahan yang sangat cemerlang pada malam itu sekaligus memaksa pasukannya berputih mata.

Selain itu, beliau turut memuji kualiti fasiliti yang dimiliki oleh pasukan Terengganu di samping memuji keputusan untuk menjadikan Nafuzi Zain sebagai jurulatih pasukan tersebut.

Advertisements

“Terengganu mempunyai fasiliti yang baik malah mereka turut mempunyai jurulatih yang bagus.”

Di samping itu, pemilik JDT itu turut menyatakan bahawa disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh barisan pemain Terengganu juga merupakan kunci kepada konsistensi persembahan yang ditampilkan musim ini.

“Saya juga suka dengan pemain Terengganu. Mereka sangat berdisiplin .”

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal bertemu sesama sendiri pada perlawanan kedua terakhir saingan Liga Super di Stadium Sultan Zainal Abidin sekaligus bakal menjadi perlawanan tumpuan pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram