Mengapa TMJ ‘Terlalu Baik’ Menaja Banyak Perkara Untuk Bola Sepak Malaysia?
Blog
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Digelar dengan pelbagai nama namun pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Idris terus berjalan kehadapan tanpa memikirkan suara negatif sesetengah pihak terhadapnya.

Pelbagai reaksi diterima para peminat bola sepak tanah air selepas DYAM Tunku membuat keputusan untuk menaja padang baharu untuk Stadium Nasional Bukit Jalil. Ada yang menerima dan ada juga pihak yang tidak senang mengenai perkara tersebut.

Banyak persoalan bermain di minda para peminat bola sepak, salah satunya mengapa TMJ terlalu baik untuk menaja banyak perkara untuk bola sepak Malaysia? Bukankah prioriti TMJ adalah kepada pembangunan kelab JDT?

Advertisements

Kita kerap mendengar ayat “cinta memerlukan pengorbanan”. Tidak kira cinta kepada Sang Pencipta, cinta kepada pasangan, cinta kepada negara dan cinta kepada sesuatu perkara. Di sini jelas sekali bahawa TMJ telah berkorban demi cintanya terhadap negara dan bola sepak itu sendiri.

Cinta kepada negara Malaysia

Melihat kepada permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya satu tamparan buat tunku tersentak. Tunku melihat ianya sangat memalukan jika perlawanan melibatkan pasukan negara diadakan disana.

Advertisements

Tidak mahu lagi Malaysia dimalukan kerana perkara kecil seperti padang bola, DYAM Tunku telah mengambil inisiatif dan keputusan bijak dengan menaja padang baharu buat stadium tersebut. Segalanya demi Malaysia tercinta.

DYAM Tunku bukan sahaja menaja padang baharu, malah turut menaja mesin menyelenggara padang dan membenarkan fasiliti perubatan JDT digunakan untuk merawat pemain negara yang cedera. Tabik !

Cinta kepada sukan bola sepak

Advertisements

Nama TMJ sangat sinonim dengan bola sepak. Popular bukan sahaja di Malaysia malah Cristiano Ronaldo juga mengenali DYAM Tunku. Sungguh luar biasa.

Banyak masa dan wang ringgit telah dikorbankan DYAM Tunku demi melihat bola sepak Johor kembali meriah. Pemain hebat seperti Pablo Aimar juga pernah dibawa masuk ke kelab JDT.

Kini segalanya terbalas apabila JDT telah mengumpul piala yang ‘melambak’ dan ‘bermain bunga api’ setiap tahun. Melihat kepada kestabilan di JDT, tidak salah rasanya jika DYAM Tunku menyumbang ‘sedikit’ untuk bola sepak Malaysia.

Advertisements

Sifat pemurah yang dimiliki DYAM Tunku sedikit sebanyak membantu banyak pihak. Demi cintanya terhadap sukan bola sepak itu sendiri, DYAM Tunku telah berkorban masa dan dilihat tidak berkira untuk membantu pasukan negara dalam pelbagai aspek.

Penutup

Sebagai penyokong, tiada perkara lain yang dinginkan. Hanya satu saja iaitu melihat industri bola sepak negara terus membangun tanpa masalah gaji saban tahun. Terima kasih TMJ di atas sumbangan dan bantuan diberikan kepada industri bola sepak negara. semoga DYAM Tunku terus sihat agar terus merancakkan industri bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram