Pemilik Chelsea FC, Todd Boehly berkemungkinan akan mengikut cadangan bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo untuk melantik jurulatih baharu Chelsea.
The Blues telah membuat keputusan untuk memecat ketua jurulatih, Graham Potter sejurus tewas kepada Aston Vilaa yang menyaksikan mereka jatuh ke tanggga ke-11 EPL.
Kini, beberapa calon telah pun dikenal pasti untuk mengambil alih posisi tersebut namun Todd difahamkan mahu mengikut cadangan Ronaldo.
Nama-nama seperti Julian Nagelsmann, Lusi Enrique dan Fabio Amorim kini mendahului sebagai calon terbaik namun Boehly dijangka akan membuat kejutan untuk melantik Enrique.
Bekas jurulatih Barcelona , Luis Enrique dilihat sebagai calon berpotensi kerana Ronaldo mencadangkan namanya untuk jawatan Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November 2021.
Penyerang itu berminat untuk bekas pemain Sepanyol itu mengambil alih melebihi bekas jurulatihnya sendiri, Zinedine Zidane.
Ronaldo dan Enrique bertembung beberapa kali semasa masa bersama mereka di La Liga, dengan yang terakhir menikmati kejayaan besar di Celta Vigo dan Barca.
Enrique juga memiliki reputasi mengagumkan apabila membawa La Roja ke separuh akhir Euro 2020 sungguhpun tersingkir seawal pusingan 16 Terakhir Piala Dunia tahun lalu menyebabkan dia berundur.
Pemilik kelahiran Amerika Syarikat itu juga pernah menyatakan minat untuk menandatangani Ronaldo pada musim panas lalu dan pada musim sejuk sekaligus menguatkan lagi kehadiran Enrique ke Stamford Bridge.