Tok Gajah Perlu Bertindak Pantas, Elak Hidalgo Disambar Pasukan Lain
Dunia
officialsripahang
Advertisements

Jurulatih berpengalaman Sri Pahang FC, Dollah Salleh akui bahawa khidmat pemain importnya iaitu Manuel Hidalgo akan terus ditagih olehnya bagi saingan musim hadapan. 

Menerusi laman Harian Metro, jurulatih berusia 58 tahun itu jelas mempunyai perancangan jangka masa panjang terhadap Hidalgo. 

Mengulas lanjut, Dollah Salleh juga menggesa pihak pengurusan kelab untuk terus mengekalkan pemain itu oleh kerana Hidalgo berjaya mempamerkan prestasi serta komitmen yang tinggi di dalam padang. 

Advertisements

“Bagi saya Hidalgo sudah pasti akan dikekalkan dalam Sri Pahang FC musim depan dan sebagai jurulatih khidmatnya amat perlukan.” 

“Dengan prestasi dan komitmen yang dipersembahkan, harapan saya supaya pengurusan kelab mengekalkan Hidalgo.”

Walaupun Hidalgo menyertai pasukan Tok Gajah pada jendela perpindahan kedua, pemain import dari Argentina ini tidak memerlukan masa yang lama untuk serasi bersama barisan skuad sedia ada.

Advertisements

Malah, kehadirannya di bahagian tengah ternyata memberikan impak yang besar dalam mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Pemain muda Argentina ini juga dilihat berjaya memperagakan aksi yang tenang dalam memacu jentera serangan pasukan. 

Oleh itu, bekas pemain kebangsaan itu yakin bahawa Hidalgo akan terus mengekalkan momentum semasa dan mampu membuktikan kredibilitinya yang sebenar pada musim hadapan. 

“Dengan prestasi itu saya percaya pada saingan Liga Malaysia musim depan, mereka akan lebih menyerlah dan lebih yakin dengan kemampuan,” kata Dollah kepada Harian Metro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram