Tok Gajah Yakin Dengan Taruhan Pemain Berkualiti

sripahangfc mfl Tok Gajah Yakin Dengan Taruhan Pemain Berkualiti
Instagram-MFL
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Bekas Graduan Sri Pahang U-21, Baqiuddin Shamsudin berpendapat barisan pemain skuad Tok Gajah musim ini dilihat lebih berkualiti berbanding sebelum ini.

Pemain berusia 27 tahun ini tetap mahu merebut kesebelasan utama pasukan walaupun posisinya ramai pemain yang berkualiti.

Pemain sayap ini baru sahaja menyertai Sri Pahang FC pada musim 2021 telah berjaya beraksi sebanyak 20 perlawanan dengan rekod jaringan dua gol.

“Biarpun di posisi saya iaitu sayap kiri terdiri ramai pemain tempatan, mereka juga pasti mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Tambah Baqiuddin, beliau tekad mempamerkan permainan yang berkualiti di atas padang untuk jadi senjata utama jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel.

“Sudah pasti jurulatih baharu akan menilai kemampuan semua pemain dalam pasukan dalam tempoh pra musim dan saya perlu bersungguh-sungguh jika mahu menambat hati beliau,” kata Baqiuddin kepada MFL.