Tomislav Intai Potensi Mulakan Musim Dengan Julang Piala
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memasang impian untuk menyepak mula saingan Liga Malaysia musim baru, dengan menjulang piala.

Terengganu akan membuka tirai musim 2023 dengan menentang JDT dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 24 Februari, di Stadium Sultan Ibrahim.

Tomislav sedar bukan tugas mudah untuk mengatasi skuad serba sempurna JDT, apatah lagi pasukan itu terlalu kebal di laman sendiri.

Advertisements

Namun dia berusaha sebaik mungkin mempersiapkan skuad terbaik dengan hasrat mencipta kejutan, kerana baginya, keputusan di Seri Iskandar akan menjadi titik tolak untuk Terengganu mengharungi musim yang baik.

“Ia satu perlawanan yang cukup penting pada 24 Februari ini dan ini menjadi tugas saya untuk memastikan pasukan dapat pergi ke sana (Seri Iskandar) dan memberikan segalanya untuk mungkin melakukan kejutan.

“Sudah tentu ianya tidak akan mudah sebab kita akan berdepan tiga perlawanan pertama yang sengit menentang JDT, Kedah dan Kuala Lumpur, tetapi kita akan fokus kepada latihan pra-musim ini untuk kita melengkapkan kesebelasan utama terbaik kali ini.

Advertisements

“Yang penting adalah bagaimana kita boleh melakukan pertukaran pemain yang berkualiti dalam setiap perlawanan dan itu yang kita kena merancang untuk memastikan mereka mampu memberikan terbaik”, kata Tomislav.

Untuk rekod, Terengganu adalah pasukan pertama dan terakhir menang di Stadium Sultan Ibrahim, dalam aksi Liga Super pada musim 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram