Tomislav Steinbruckner: Rahadiazli Perlu Cari Kelab Lain
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa penjaga gol utama pasukannya ialah Suhaimi Husin sambil berharap agar Rahadiazli mencari tempat baharu untuk menjadi penjaga gol utama pasukan.

Dalam satu kenyataan pra perlawanan sebentar tadi, pengendali kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa beliau sudah membuat keputusan mengenai penjaga gol yang bakal diturunkannya.

Beliau sedar banyak pihak sedang memerhatikan kelibat penjaga gol muda Terengganu, Raahdiazli Rahalim yang melakukan kesilapak tempoh hari.

Advertisements

Tomi bagaimanapun tidak menyalahkan pemain tersebut dan yakin setiap pemain akan lebih matang dan belajar daripada kesilapan.

Jurulatih berusia 57 tahun itu juga memberitahu bahawa Rahadiazli perlu mencari kelab lain sekiranya mahu menjadi penjaga gol utama pasukan.

Advertisements

“Ya saya sudah pun membuat keputusan mengenai penjaga gol yang bakal diturunkan esok. Saya tahu semua mata tertumpu kepada Rahadiazli selepas beliau melakukan kesilapan tempoh hari.

“Beliau juga pernah melakukan beberapa kesilapan musim lalu dan juga jarang beraksi. Menentang Penang beliau beraksi baik tetapi kami tidak mendapat tiga mata. Saya tidak berkata apa-apa kepada dia”

Advertisements

Tomislav Steinbruckner juga tidak mahu mengecewakan penjaga gol b-23 tahun negara dengan memberitahu bahawa beliau perlu ke kelab lain untuk memjadi penjaga gol utama pasukan.

“Tetapi untuk masa depannya, Abe (Rahadiazli) perlu ke kelab lain untuk menjadi penjaga gol nombor satu kerana di Terengganu Suhaimi Husin merupakan penjaga gol utama,” jelasnya.

Advertisements

JDT dan Terengganu akan berentap pada 8 Disember 2023 jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram