Advertisement
Tonggak Austria, Peter Zulj Sertai Buriram United
Transfer
MakanBola
Buriram United

Pengurusan Buriram United terus memantapkan pasukan mereka dengan merekrut pemain tengah Austria, Peter Zulj.

Perpindahan pemain tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Thunder Castle dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka.

“Buriram United telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain tengah versatil Peter Sulj selepas kontraknya bersama kelab Chinese Super League (CSL) terkenal di China, Changchun Yatai tamat,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kehadiran Zulj bukan saja memantapkan lagi barisan tengah Buriram. Malah, beliau juga mampu mencipta bantuan gol dan jaringan penting di atas padang.

Sepanjang bersama Changchun Yatai selama tiga musim, Zulj telah menjaringkan 11 gol dan mencipta 20 bantuan gol dalam 62 penampilan bersama pasukan itu.

Zulj merupakan pemain keempat yang menyertai Buriram dalam tetingkap kedua perpindahan Thai League 1. Selain beliau, Thunder Castle turut mendapatkan Martin Boakye, Ko Myeong-seok dan Chatchai Bootprom.

Kehadiran empat pemain ini bukan saja diharap memantapkan kempen Buriram memburu satu lagi kejuaraan Thai League 1. Malah, ini dilihat kunci untuk membantu mereka mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ini kerana hanya lapan pasukan terbaik dari Liga Timur dan Liga Barat ACLE saja yang mara ke pusingan berikutnya.

Buriram bakal menentang dua kelab Korea Selatan, Ulsan HD dan Gwangju FC pada 12 dan 19 Februari ini.