Aksi persahabatan Tier 1 FIFA antara Laos vs Malaysia bakal disiarkan di tiga saluran.
Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua lagi aksi persahabatan pada bulan November selepas pertarungan kurang memberangsangkan Oktober lalu.
Harimau Malaya berjaya mengikat kelab A-League, Auckland FC dengan keputusan 1-1 namun tunduk 4-0 kepada pasukan ke-95 dunia, New Zealand.
Pasukan kebangsaan bakal membuka langkah November ini menentang pasukan ke-187 dunia, Laos pada 14 November di Stadium PAT, Bangkok, Thailand.
Aksi antara dua pasukan Asia Tenggara ini boleh ditonton secara langsung oleh rakyat Malaysia menerusi satu pengumuman oleh TV Sarawak.
Tiga saluran bakal menyiarkan aksi antara skuad negara dan Laos iaitu 122 Mytv, Unifi TV dan juga Astro sekaligus menambah kehangatan aksi antara dua pasukan ini.
Berdasarkan beberapa pertemuan lalu, Malaysia berjaya mengatasi Laos kali terakhir dengan keputusan 5-0 pada aksi Piala AFF 2022 selain kebal tanpa tewas bertemu lawan sama sejak 5 pertemuan terakhir.
Siaran Langsung Laos vs Malaysia
Tarikh: 14 November 2024 (Khamis)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium PAT, Thailand.
Siaran Langsung: 122 Mytv , Unifi TV & Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.